X

Kindly register in order to view this article
!

Sevilla tak sabar singkir Manchester United

Ocampos (tengah) diraikan pemain Sevilla semasa aksi menentang Wolverhampton di MSV Arena, Duisburg.
A
A

PENGENDALI Sevilla, Julen Lopetegui yakin kelab La Liga itu dapat mengatasi Manchester United pada separuh akhir Liga Europa setelah menyingkirkan Wolves pada saingan suku akhir awal pagi semalam.

Biarpun begitu Lopetegui mengakui Manchester United sebagai gergasi terbesar di dunia, namun menegaskan perlawanan itu tidak akan menimbulkan rasa takut kepada pemain Sevilla.

“Kami akan menentang Manchester United pada pertandingan berikutnya dan semua mengetahui mereka adalah gergasi terbesar bola sepak dunia tetapi kami akan bersiap sedia untuk mereka.

“Kami fokus pada perlawanan seterusnya, menentang Manchester United kelab terbaik, bersejarah, antara yang terbaik dalam sejarah bola sepak yang berada dalam prestasi hebat.

“Kami akan memberikan yang terbaik seperti yang biasa kami lakukan. Bermain melawan mereka akan sangat sukar, tetapi kami akan terus mempercayainya bahawa kami dapat mengalahkan mereka,” katanya.

Tandukan Lucas Ocampos pada minit ke-88 memastikan Sevilla mengatasi Wolves pada suku akhir di Duisburg.

Sevilla akan menentang Manchester United di Cologne hujung minggu ini bagi mengisi slot final, setelah kelab Sepanyol itu mengalahkan skuad kendalian Nuno Espirito Santo 1-0 di MSV Arena Duisburg.

Pentas separuh akhir kali ini menemukan Sevilla yang berstatus juara tiga kali berturut-turut dari 2014 hingga 2016 berdepan kelab yang memenangi kejuaraan pada tahun berikutnya ketika Jose Mourinho memimpin The Red Devils.

Pengendali berusia 53 tahun itu, menegaskan beliau akan menurunkan barisan terkuatnya bagi menyaingi jentera serangan United yang menampilkan peledak berbisa pemain seperti Marcus Rashford, Anthony Martial dan Mason Greenwood.

“Saya sangat bangga dengan pemain saya kerana kami menentang kelab yang sangat baik. Kami perlu memiliki bola dan tidak melakukan kesalahan kerana mereka mempunyai penyerang yang sangat pantas.

“Kami bermain dengan baik menentang kelab yang bagus. Kami harus sangat fokus,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!