X

Kindly register in order to view this article
!

MBSA bongkar stor simpanan rahsia mesin judi 'wukong'

Mesin judi yang berjaya disita dari premis yang dijadikan stor.
A
A

SUNGAI BULOH - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyerbu sebuah premis dipercayai dijadikan stor simpanan mesin judi baharu dan lama termasuk 'wukong' bagi kegunaan premis judi kawasan Seksyen U20, Bandar Baru Sungai Buloh di sini.

Menurut sumber MBSA, sebanyak 12 set mesin perjudian disita dari gudang yang dikunci ketika serbuan dalam operasi bersepadu berakhir jam 8 malam tadi.

"Anggota penguat kuasa terpaksa memecahkan kunci premis berkenaan bagi membolehkan kita merampas mesin berkenaan," katanya.

"Sebanyak lapan buah premis perjudian yang berselindung di sebalik pusat snuker disita. Sebanyak 25 struktur tambahan pada premis di kawasan berkenaan turut tidak terlepas dari dikenakan tindakan," katanya.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebelum ini mengeluarkan 101 notis ke atas premis di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh yang membina struktur tambahan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan.

Timbalan Datuk Bandar MBSA, Mohd Rashidi Ruslan berkata, notis itu dikeluarkan semalam mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Beliau berkata, sebanyak 25 premis perniagaan tanpa lesen yang diusahakan oleh warga tempatan telah diambil tindakan sejak awal tahun ini.

"Dalam tempoh sama, sebanyak 19 premis perniagaan tanpa lesen yang dikendalikan oleh warga asing di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh disita," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!