Leipzig elak perang emosi

JULIAN NAGELSMANN
JULIAN NAGELSMANN
A
A
A

PENGENDALI RB Leipzig, Julian Nagelsmann mengakui tampil lebih tenang menjelang pertemuan menentang gergasi La Liga, Atletico Madrid pada peringkat suku akhir Liga Juara-Juara di Estadio Jose Alvalade.

Menurut Nagelsmann, dia mahu mengelakkan perang emosi dengan pengendali Atletico, Diego Simeone, sebaliknya fokus kepada persediaan pengisian perlawanan di Lisbon itu.

“Secara jujur pada fasa penting ini adalah lebih baik tumpuan diberikan sepenuhnya terhadap perjalanan perlawanan daripada terlibat dalam perang emosi dengan lawan.

“Tanpa penonton di Estadio Jose Alvalade, saya sedar bahawa pertarungan dengan Simeone akan lebih kepada perang emosi.

“Tanpa kelibat penonton juga anda akan dapat mendengar lebih banyak lagi bahawa dia selalu menunjukkan perkara, banyak berbincang dengan pengadil dan menuntut penggunaan kad,” kata pengendali berusia 32 tahun itu.

Bagaimanapun, Nagelsmann mengakui sangat menghormati reputasi Simeone yang telah berulang kali memacu Atletico ke saingan Liga Juara-Juara setelah hampir satu dekad di Madrid.

“Simeone seorang pengurus yang cukup berpengalaman dan matang dalam mengendalikan kelab besar seperti Atletico Madrid ini. Dia datang dengan mentaliti mahu mencipta kejayaan dan itulah yang giat diusahakan secara berterusan.

“Setiap tahun dia mahu mencipta kejayaan baik di pentas domestik atau pun pentas Eropah. Itulah yang membezakannya,” kata Nagelsmann.

Artikel Berkaitan:

RB Leipzig, yang disokong syarikat gergasi minuman tenaga Austria, Red Bull, baru ditubuhkan pada 2009, berada dalam fasa kalah mati Liga Juara-Juara buat pertama kalinya setelah mengatasi finalis musim lalu Tottenham pada pusingan 16 terakhir.

Atletico Madrid sebelum ini mara ke final Liga Juara-Juara 2014 dan 2016 di bawah jurulatih Argentina berusia 50 tahun itu, namun tewas kepada Real Madrid berharap pada percubaan ketiga musim ini.

Pada saingan Liga Europa, Atletico Madrid pernah memenangi kejuaraan tahap dua Eropah itu sebanyak lima kali dengan kali terakhir pada 2018.