X

Kindly register in order to view this article
!

Lima restoran tidak patuh SOP diarah tutup

Gambar hiasan.
A
A

SEBERANG PERAI UTARA - Lima restoran termasuk dua daripadanya cukup terkenal di Kepala Batas di sini diarah tutup kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika pemeriksaan dijalankan penguat kuasa selama dua hari.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, lima restoran termasuk restoran menjual ikan bakar terkenal itu diarah tutup selama tujuh hari selepas didapati gagal memastikan pelanggan mematuhi SOP dari segi penjarakan fizikal, terlalu ramai dan tidak mencatat suhu badan pelanggan.

"Operasi bersepadu semalam dan hari ini dijalankan polis bersama penguat kuasa dari Kementerian Kesihatan dan Majlis Bandaraya Seberang Perai dan kami mengambil tindakan terhadap lima premis kerana tidak mematuhi SOP dalam membendung penularan koronavirus (Covid-19).

"Malah ada restoran yang tidak mengehadkan jumlah pengunjung makan di premis mereka sehingga tiada penjarakan fizikal antara satu sama lain," katanya di sini hari ini.

Katanya, selain diarahkan tutup selama tujuh hari, semua pemilik lima restoran itu dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang dan pihaknya akan meneruskan operasi bagi memastikan semua pihak mematuhi SOP ditetapkan. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!