Harimau Malaya 'rehat lagi' hingga hujung tahun

Penundaan itu turut melibatkan aksi skuad kebangsaan yang dijadualkan berdepan UAE pada 8 Oktober diikuti Vietnam (13 Oktober) dan menutup aksi kelayakan berdepan Thailand pada 17 November dalam saingan Kumpulan G. - Foto FAM
Penundaan itu turut melibatkan aksi skuad kebangsaan yang dijadualkan berdepan UAE pada 8 Oktober diikuti Vietnam (13 Oktober) dan menutup aksi kelayakan berdepan Thailand pada 17 November dalam saingan Kumpulan G. - Foto FAM
A
A
A

BERIKUTAN perkembangan semasa pandemik Covid-19 yang agak membimbangkan di seluruh dunia ketika ini, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sekali lagi menunda aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 hingga ke tahun depan.

Dalam satu kenyataan hari ini, AFC menjelaskan penundaan berkenaan secara keseluruhannya bertujuan untuk melindungi kesihatan dan keselamatan kesemua pasukan bertanding.

"FIFA dan AFC akan terus bekerjasama memantau keadaan di rantau ini dengan teliti bagi mengenal pasti tarikh baharu untuk aksi kelayakan, berkenaan.

"Tarikh baharu bagi aksi kelayakan itu akan dimaklumkan kelak," menurut kenyataan berkenaan.

Penundaan itu turut melibatkan aksi skuad kebangsaan yang dijadualkan berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 8 Oktober diikuti Vietnam (13 Oktober) dan menutup aksi kelayakan berdepan Thailand pada 17 November dalam saingan Kumpulan G.

Sebelum ini, FIFA memutuskan aksi kelayakan aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bakal berlangsung pada Oktober.

Artikel Berkaitan: