Suasana pengkebumian tujuh sekeluarga maut

A
A
A

Penduduk kampung dan ahli keluarga membantu menurunkan jenazah tujuh sekeluarga maut yang terlibat kemalangan membabitkan sebuah lori dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Jalan Keramat Pulai Simpang Pulai menghala ke Cameron Highlands petang semalam, tiba dan dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Indah Serdang hari ini.

Fatimah Mat Isa, 68, antara tujuh yang maut dalam kemalangan semalam bersama anaknya Mohd Zairul Mat Isa, 35; isteri Mohd Zairul iaitu Nur Atiqah Abdul Hamid, 30; dan seorang anak mereka Nur Qaseh Damia Mohd Zairul, 4.

Turut maut adalah anak saudara Fatimah iaitu Hasliza Mahmud, 40, dan suaminya Zulkifli Shuib, 49, serta anak mereka Mohd Alif Firdaus, 3.

Manakala tiga orang tercedera merupakan anak kepada Allahyarham Mohd Zairul iaitu Muhammad Haziq Zikri, 9, dan anak Hasliza dikenali sebagai Apit, 16, dan Firash Mikhael Azrie Syah, 11, yang masih menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan