Ingkar SOP: 32 individu di Kota Tinggi dikompaun

No Image Caption
A
A
A

KOTA TINGGI - Sebanyak 32 kompaun dikeluarkan kepada orang awam di daerah ini kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk mencegah pencegah penularan wabak Covid-19 bagi tempoh awal bulan ini hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, antara kesalahan yang dilakukan ialah gagal menggunakan pelitup muka, tidak merekodkan saringan suhu dan butiran pelanggan keluar dan masuk premis.

"Ini termasuk kesalahan menjalankan perniagaan yang mendedahkan orang ramai dengan tiada penjarakan fizikal.

"Kompaun bernilai RM1,000 dikeluarkan kepada mereka mengikut Perkara 10, Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB)(No 7) 2020," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, polis memberi amaran dan tidak akan berkompromi kepada mana-mana individu yang melanggar SOP ditetapkan.

Tegas beliau, operasi pemantauan masih terus dijalankan terutama di tempat-tempat awam melalui pasukan Task Force Covid-19 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

Artikel Berkaitan: