X

Kindly register in order to view this article
!

Rantau Panjang bakal jadi jajahan baharu

Pekan Rantau Panjang.
A
A

KOTA BHARU - Rantau Panjang bakal dijadikan jajahan baharu tidak lama lagi bagi menarik lebih ramai pelancong ke zon bebas cukai terkenal di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pekan terletak di sempadan Malaysia-Thailand tersebut semakin hari semakin maju dan mampu untuk berada sendiri iaitu berasingan daripada Pasir Mas.

"Permohonan untuk menjadikan pekan Rantau Panjang sebagai jajahan baharu sebelum ini ditolak, namun kali ini permohonan tersebut akan dilakukan sekali lagi.

“Kerajaan negeri sedang berusaha menjadikan Rantau Panjang sebagai jajahan baru. Kalau tidak boleh penuh pun, sekiranya jadi jajahan kecil seperti Lojing pun sudah baik," katanya.

Mohd Amar berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan daripada Abd Rahman Yunus (Pas-Pasir Tumboh) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, Mohd Amar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor turut berharap agar peniaga dapat mempelbagaikan lagi kuantiti dan kualiti barangan yang dijual di kawasan berkenaan.

“Mereka tidak boleh mengharapkan barangan daripada Thailand atau Kemboja sahaja. Mungkin boleh berniaga barang berjenama sekali gus mampu menarik lebih ramai pelancong," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!