Tuduhan tak jaga solat: PPIM mohon maaf kenyataan Asri Janggut

Kenyataan dimuat naik di laman Facebook PPIM.
Kenyataan dimuat naik di laman Facebook PPIM.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memohon maaf kepada anggota polis, tentera dan anggota keselamatan serta mereka yang terkesan dengan kenyataan pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid.

Menurut kenyataan PPIM melalui laman Facebooknya hari ini memaklumkan, kenyataan Mohd Asri, 42, yang lebih dikenali sebagai Asri Janggut itu adalah sangat tidak wajar dan tidak berasas.

"PPIM sama sekali tidak menyokong dan menyanggah segala tindakan yang tidak wajar yang dilakukan olehnya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuduh polis tidak jaga solat keterlaluan, kata KPN

Bukit Aman siasat kenyataan Asri Janggut hina polis, ATM

Asri Janggut mohon maaf tuduh polis, tentera tidak jaga solat

Beliau berkata, Mohd Asri hanya rakan strategik PPIM dan kata-katanya adalah bersifat peribadi yang tidak mewakili dasar PPIM sama sekali.

"Walau bagaimanapun, PPIM mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan kerana sebahagian kenyataannya dibuat semasa di platform PPIM.

Artikel Berkaitan:

"Kami sedang mengambil beberapa tindakan dan akan mengeluarkan kenyataan susulan dari masa ke masa berhubung perkara ini," katanya.

Terdahulu, tular satu klip video memaparkan kenyataan yang dibuat Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali sebagai Asri Janggut yang mengguris hati petugas keselamatan berkenaan.

Mohd Asri dalam kenyataannya di video berkenaan mendakwa petugas keselamatan itu tidak menjaga solat dan merokok.

Mohd Asri kemudian mengakui kesilapannya itu dan berjanji tidak akan menyentuh atau mengulas sebarang perkara yang berkaitan dengan dua pihak berkuasa itu pada masa depan.

Katanya, beliau juga tidak berniat membuat kenyataan yang mengguris rakyat Malaysia khususnya anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta berjanji tidak mengulangi kesilapan sama.