SPRM tahan bekas timbalan pengarah agensi kerajaan di Sabah

SPRM
SPRM
A
A
A

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang bekas timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan di negeri itu kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM14,000.

Menurut sumber, wanita berusia 40 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Sabah kira-kira jam 10 pagi tadi selepas hadir memberi keterangan.

Sumber itu berkata, siasatan awal mendapati suspek telah mengemukakan tuntutan resit palsu berhubung dengan pelaksanaan program-program agensi kerajaan berkenaan sekitar Julai 2013 sehingga Ogos 2014.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, suspek kemudiannya dibebaskan dengan jaminan SPRM.- Bernama

Artikel Berkaitan: