CRS: Beri masa sehingga akhir tahun ini

Wee Ka Siong - Foto fail Bernama
Wee Ka Siong - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemandu kenderaan persendirian yang tidak menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak (CSR) di dalam kenderaan tidak akan dikenakan saman atau kompaun setakat ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong berkata, kerajaan kini sedang melaksanakan penguatkuasaan penggunaan CRS secara advokasi sehingga hujung tahun ini.

“Kita tidak kenakan saman pada waktu ini sementara Institusi Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) membuat kajian secara menyeluruh.

"Bagi kami masa sehingga hujung tahun ini, kami kena lihat setakat apa, tahun apa (umur) jika ikut ketinggian 1.3 meter dan umur sudah 10 tahun, kalau ikut usia juga, ia akan bagi kesan kewangan kepada ibu bapa.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan tidak jadi laksana saman, kompaun CRS hari ini

"Dalam tempoh ini kami akan teliti, sehingga ada naratif dan advokasi yang cukup untuk melaksanakan peraturan ini," katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Zakaria Mohd Edris (Bersatu-Libaran) berkaitan penguatkuasaan pemasangan CRS termasuk kenderaan e-hailing.

Mengulas lanjut Ka Siong berkata, sejak peraturan tersebut diperkenalkan dan melalui kajian yang dijalankan menunjukkan kesedaran ibu bapa serta kadar penggunaan CRS meningkat sebanyak 6 peratus iaitu daripada 38 peratus pada tahun lepas kepada 44 peratus tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut mengarahkan Miros untuk mengadakan perbincangan terperinci dengan pihak persatuan pengeluar, penjual kenderaan, pembuat dan pengimport CRS bagi mengurangkan kos jualan CRS.

Sementara itu, katanya, bagi perkhidmatan teksi dan e-hailing, penggunaan CRS adalah digalakkan.

“Kenderaan e-hailing ikut keadaan sekarang kita belum lagi kuat kuasakan tapi apabila kita nak buat satu pendekatan jangka panjang, banyak pendekatan lain boleh digunakan,” katanya.