Yadim komited teroka peluang perluas dakwah bersama TV Alhijrah

Nasrudin (kiri) menyerahkan cenderahati kepada Namanzee pada sesi kunjungan hormat barisan pengurusan stesen penyiaran TV Alhijrah ke ibu pejabat Yadim di Putrajaya semalam.
Nasrudin (kiri) menyerahkan cenderahati kepada Namanzee pada sesi kunjungan hormat barisan pengurusan stesen penyiaran TV Alhijrah ke ibu pejabat Yadim di Putrajaya semalam.
A
A
A

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) komited menerokai peluang bekerjasama dengan stesen penyiaran terkemuka, TV Alhijrah dalam memperluaskan platform penyampaian dan penyiaran program dakwah di negara ini.

Yang Dipertuanya, Nasrudin Hassan berkata, kerjasama dengan TV Alhijrah dijangka memastikan inisiatif penyampaian dakwah akan menjadi lebih berkesan dan bermanfaat susulan medium penyiaran itu boleh dicapai lebih ramai penonton.

“Dakwah sememangnya tidak boleh terlepas daripada platform penyampaian dan penyiaran.

“Kalau kita mempunyai medium penyiaran seperti TV Alhijrah yang boleh dicapai lebih ramai masyarakat, maka ia lebih berkesan dan bermanfaat," katanya ketika ditemui selepas sesi kunjung hormat barisan pengurusan TV Alhijrah ke ibu pejabat Yadim, di sini semalam.

Sesi rombongan TV Alhijrah diketuai Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Namanzee Harris, Pengurus Besar Jabatan Kejuruteraan dan Sokongan Penyiaran TV Alhijrah, Suffian Yahya dan Ketua Jabatan Berita dan Hal Ehwal Semasa TV Alhijrah, Ardi Herman Mohd Mardzi.

Namanzee (depan, kiri) Nasrudin (depan, dua dari kiri) bergambar kenangan bersama barisan pengurusan stesen penyiaran TV Alhijrah dan Yadim di ibu pejabat Yadim, Putrajaya semalam.
Namanzee (depan, kiri) Nasrudin (depan, dua dari kiri) bergambar kenangan bersama barisan pengurusan stesen penyiaran TV Alhijrah dan Yadim di ibu pejabat Yadim, Putrajaya semalam.

Nasrudin berkata, terdapat banyak peluang kerjasama dakwah boleh dijalin antara Yadim dan TV Alhijrah yang bakal memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Sebagai contoh Nasrudin menekankan, usaha menyemarakkan bulan dakwah yang kini dirancang dianjurkan Yadim pada bulan Oktober nanti.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, menerusi kemampuan TV Alhijrah, mesej yang hendak disampaikan kepada khalayak umum akan menjadi lebih jelas dan tersusun.

"Kepakaran dan platform yang dimiliki TV Alhijrah juga boleh dimanfaatkan untuk program-program Yadim lain yang kini sedang berjalan seperti Rakan Siswa Yadim, Daie Muda Yadim, atau usaha menyelaras gerakan dakwah yang melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini," katanya.

Sementara itu, saranan Nasrudin itu disambut baik Namanzee yang memaklumkan, TV Alhijrah sememangnya mempunyai pelbagai rancangan yang bersesuaian dengan gerak kerja dakwah Yadim.

Menurutnya, TV Alhijrah boleh menampilkan NGO-NGO yang bernaung di bawah Yadim untuk disiarkan di rancangan miliknya seperti program Assalammualaikum, atau liputan untuk Yadim jika mempunyai program tertentu.

"Tokoh atau ikon Yadim juga boleh ditonjolkan di pelbagai rancangan lain yang bersesuaian dengan gerak kerja dakwah badan ini," katanya.