Agong rasmi Pusat Hemodialisis YASA di Setiawangsa

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kiri) bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (kanan) berkenan merasmikan Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) di Setiawangsa, hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah pesakit buah pinggang memerlukan rawatan hemodialisis yang semakin meningkat dalam tempoh 10 tahun ini mendorong Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdulllah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mewujudkan sebuah lagi pusat rawatan berkenaan di ibu negara.

Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) di Setiawangsa itu merupakan yang kedua seumpamanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas yang pertama beroperasi di Cheras pada Ogos tahun lepas.

Al-Sultan Abdullah menyedari terdapat keperluan untuk memberikan perkhidmatan hemodialisis kepada mereka yang tidak berkemampuan, khususnya daripada golongan M40 dan B40.

“Saya amat prihatin terhadap nasib rakyat dan pesakit-pesakit buah pinggang kronik yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan hemodialisis.

“Justeru, faktor-faktor inilah yang telah mendorong saya, Raja Permaisuri Agong dan anakanda-anakanda menubuhkan pusat-pusat hemodialisis bagi membantu meringankan bebanan kewangan kumpulan berkenaan,” titah Seri Paduka selepas berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Pusat Hemodialisis YASA Setiawangsa itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: