X

Kindly register in order to view this article
!

JPJ Kelantan sasar kutip bidaan plat DDU lebih RM1.35 juta

Hanif Yusabra (kanan) bersama para pegawai menunjukkan nombor plat kenderaan yang sering menjadi kegemaran pembida selepas sidang akhbar bidaan siri DDU melalui aplikasi JPJeBid di Pejabat JPJ Kelantan hari ini. - Foto Bernama
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menyasarkan kutipan bidaan nombor siri pendaftaran kenderaan DDU melebihi RM1.35 juta yang akan dibuka selama lima hari bermula esok sehingga 17 Ogos ini.

Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, sasaran kutipan bidaan berkenaan membabitkan nombor siri pendaftaran DDU 1, DDU 8, DDU 17, DDU 74, DDU 8055.

Katanya, harga bidaan akan mengikut kategori yang telah ditetapkan iaitu kategori nombor bernilai utama dengan nilai minima RM20,000, nombor menarik RM3,000, nombor popular RM800 dan nombor biasa bernilai RM300.

“Bidaan boleh dilakukan di portal https://jpjebid.jpj.gov.my atau melalui aplikasi mudah alih JPJeBid bermula 12 tengah malam ini sehingga 17 Ogos 11.59 malam.

“Ia terbuka kepada warganegara Malaysia dan penduduk tetap Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas serta perniagaan atau syarikat yang berdaftar,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat JPJ Kelantan, Panji di sini hari ini.

Hanif berkata, walau bagaimanapun, orang awam atau syarikat yang tidak pernah mempunyai rekod di sistem Mysikap seperti rekod kenderaan, lesen atau saman dikehendaki membuat pendaftaran terlebih dahulu di mana-mana Pejabat JPJ Negeri dan cawangan JPJ kecuali Pusat Transformasi Bandar (UTC).

“Kaedah pembayaran bidaan dalam JPJeBid adalah hanya menggunakan kad kredit tempatan dan kad debit tempatan sahaja dan tiada sekatan untuk melakukan bidaan.

“Namun, setiap individu hanya layak untuk memenangi tiga nombor kenderaan manakala bagi perniagaan atau syarikat tidak melebihi lima nombor kenderaan,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan yang sama, Hanif berkata, JPJ Kelantan telah merekodkan kutipan hasil nombor siri sebanyak RM6.68 juta sejak Ogos tahun lalu sehingga Mei lalu.

“Kutipan berkenaan melibatkan siri nombor pendaftaran DDP, DDQ, DDR, DDS dan DDT dan nombor siri DDS 1 adalah bidaan tertinggi yang mencatatkan sebanyak RM225,000,” katanya. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!