Jenazah tujuh sekeluarga dikebumi satu liang lahad

Ketika kejadian, MPV yang membawa dua keluarga itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Badlishah, Mukim Terap, Serdang, Kedah selepas bercuti di Pulau Pangkor dan Cameron Highlands sejak Ahad lalu.

A
A
A

IPOH - Jenazah tujuh sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 5 Jalan Keramat Pulai berhampiran Simpang Lubuk Timah semalam akan dikebumikan dalam satu liang lahad di Kampung Badlishah, Mukim Terap, Serdang, Kedah.

Mereka yang maut adalah Mohd Zairul Mat Isa, 34; isterinya, Nuratiqah Abd Hamid, 30 dan anak bongsu, Nur Qaseh Damia Mohd Zairul, 4.

Turut terkorban ibu Mohd Zairul, Fatimah Mat Isa, 68, dan supupu, Zulkifli Shuib, 49, isterinya, Hasliza Mahmud, 40 serta anak mereka, Mohd Alif Firdaus, 3.

Abang Mohd Zairul, Mohd Zakri Mat Isa, 37, berkata, persiapan sedang dilakukan di tanah perkuburan kampung itu dengan bantuan ahli jawatankuasa masjid.

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh maut, Alza bertembung lori

Nahas MPV: Saksi sayu terdengar jeritan, tangisan mangsa

"Sebaik selesai urusan bedah siasat dan ujian Covid-19 (koronavirus), semua jenazah akan dibawa pulang ke kampung.

"Saya, abang dan saudara mara lain dah sepakat untuk kebumikan mereka dalam satu liang lahad," katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Nahas sekitar jam 5.30 petang membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dengan treler itu turut menyebabkan tiga penumpang MPV yang lain cedera.

Muhammad Haziq Zikri Mohd Zairul, 9, mengalami patah tangan kanan, sementara dua beradik iaitu anak kepada Hasliza, Firash Mikhael Azrie Syah, 11, dan abangnya yang dikenali sebagai Apit berusia 16 tahun, cedera parah.