Trump tempah 100 juta dos vaksin Covid-19

Presiden AS, Donald Trump
Presiden AS, Donald Trump
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberitahu wartawan bahawa pentadbirannya telah membuat perjanjian dengan syarikat farmasi Moderna untuk memberikan 100 juta dos vaksin Covid-19 mereka apabila ia telah tersedia, lapor agensi berita Sputnik.

"Saya dengan sukacita mengumumkan kami telah mencapai kesepakatan dengan Moderna untuk menghasilkan dan memberi 100 juta dos vaksin Covid-19 mereka," kata Trump pada Selasa malam.

Moderna dalam satu kenyataan syarikat berkata, kerajaan AS memberi syarikat itu AS$1.5 bilion untuk 100 juta dos vaksinnya apabila ia siap. Vaksin itu kini melalui fasa ujian klinikal, yang bermula pada 27 Julai.

Moderna turut berkata, pemerintah AS akan mempunyai pilihan untuk membeli tambahan 400 juta dos vaksin berkenaan jika diperlukan.

Pentadbiran Trump berkata vaksin Covid-19 dijangka akan tersedia pada awal 2021.- Bernama

Artikel Berkaitan: