X

Kindly register in order to view this article
!

Koperal mengaku tidak bersalah minta suapan

Mohd Yusri (kiri) dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini untuk dibicarakan atas dakwaan meminta wang suapan.
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta wang suapan pada 2016 dan 2017.

Tertuduh, Mohd Yusri Borhan, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh meminta suapan berjumlah RM2,000 secara bulanan daripada seorang wanita sebagai dorongan untuk memberikan maklumat kepada wanita itu jika ada serbuan atau operasi polis.

Kesalahan itu dilakukan pada 16 Disember 2016 jam 7 petang di Balai Polis Sentral, Ibu Pejabat Polis daerah Johor Bahru Selatan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh meminta RM1,500 daripada seorang wanita sebagai dorongan bagi menyalurkan maklumat kepadanya jika polis melakukan serbuan.

Kesalahan itu dilakukan pada 9 Januari 2017, jam 2.40 petang di Jalan Meldrum, Johor Bahru.

Pendakwaan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 16(a) B dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) Akta sama.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, mengikut mana-mana lebih tinggi.

Hakim menetapkan jaminan RM14,000 dengan isterinya sebagai penjamin dan kes disebut semula 14 Disember depan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Yunus Mohamed dan tertuduh diwakili Peguam Mohd Fazaly Ali.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!