Biden pilih wanita kulit hitam jadi gandingan

Joe Biden (kiri) dan Kamala Harris. - Foto AFP
Joe Biden (kiri) dan Kamala Harris. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Calon Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden daripada parti Demokrat semalam menamakan Kamala Harris sebagai calon naib presiden sekali gus akan bergandingan dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Presiden AS pada November ini.

Ia sekali gus meletakkan senator dari California itu bakal menjadi wanita berkulit hitam pertama jika dia terpilih memegang jawatan tersebut.

Pengumuman Biden itu menamatkan pencarian selama sebulan untuk jawatan tersebut bagi menghadapi Presiden AS, Donald Trump dan regunya, Mike Pence daripada parti Republikan untuk jawatan naib presiden.

"Saya dengan penuh rasa hormat mengumumkan bahawa saya telah memilih @KamalaHarris - seorang pejuang yang tidak pernah berasa gentar untuk lelaki sekecil ini dan sebagai salah seorang anggota perkhidmatan awam yang terbaik sebagai regu saya," kata Biden, 77, menerusi Twitter.

Harris, 55, mampu mendapatkan undi daripada pengundi wanita untuk mendapatkan sokongan terutamanya yang tinggal di pinggir AS dan yang tidak lagi menyokong Trump.

Bekas ketua peguam negeri di California itu kemudian berkata, beliau akan membantu Biden bagi memperoleh kemenangan.

"@JoeBiden mampu menyatukan Amerika kerana beliau menghabiskan masa berjuang untuk AS," katanya menerusi Twitter. - AFP

Artikel Berkaitan: