Beruang popular dalam kalangan pendaki dikasi di Mexico

Gambar fail menunjukkan seekor beruang dilihat mendekati seorang pelawat sebuah taman ekologi di utara Mexico. - Foto Facebook
Gambar fail menunjukkan seekor beruang dilihat mendekati seorang pelawat sebuah taman ekologi di utara Mexico. - Foto Facebook
A
A
A

BANDAR RAYA MEXICO - Pihak berkuasa menyatakan satu siasatan telah dijalankan berhubung seekor beruang jantan hitam dikasi selepas haiwan itu menjadi popular kerana bergambar swafoto yang diambil oleh pendaki-pendaki tanpa rasa takut.

Ia pernah mendapat liputan akhbar antarabangsa selepas seorang wanita merakamkan sekeping gambar yang menunjukkan dia berdiri di belakang muka haiwan tersebut di sebuah taman ekologi, utara Mexico tanpa dicederakan.

Beruang seberat 96 kilogram itu juga didapati mendekati seorang wanita di kawasan taman tersebut tetapi dia tidak juga tidak dicederakan.

Beruang tersebut berjaya ditangkap pada minggu lalu ketika tidur di luar sebuah rumah dan dipindahkan ke sebuah fakulti veterinar di sebuah universiti, utara negeri Nuevo Leon untuk pemeriksaan rutin.

Sebuah makmal hidupan liar di fakulti tersebut kemudian memutuskan bahawa adalah perlu untuk mengasi beruang tersebut berikutan kelakuan haiwan itu berada dalam keadaan tidak menentu, kata pihak berkuasa perlindungan haiwan liar.

Pengasian itu dibenarkan oleh seorang pegawai kanan badan perlindungan alam sekitar yang dikenali sebagai Propfepa.

Pengasian itu adalah perlu bagi mengurangkan risiko pergaduhan haiwan itu dengan beruang lain.

Ia juga bertujuan untuk mengelakkan kelahiran berlaku jika haiwan itu mengawan dengan beruang betina.

Artikel Berkaitan:

Profepa berkata semalam, ia sudah meminta dokumen yang mewajarkan operasi pengasian itu dilakukan.

Beruang itu kemudian dibebaskan di bahagian lain di utara Mexico. - AFP