Nahas MPV: Identiti mangsa kemalangan sedang dikenal pasti

Asmadi (kiri)
Asmadi (kiri)
A
A
A

IPOH - Polis sedang mengenal pasti identiti tujuh mangsa serta waris yang terlibat dalam nahas maut membabitkan kereta dan lori di KM5, Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya sedang berusaha mengemaskini butiran kesemua mangsa yang terlibat termasuk hubungan kekeluargaan mangsa yang berusia antara empat tahun hingga 50 tahun itu.

“Berdasarkan siasatan, Perodua Alza yang dinaiki 10 mangsa beralamat dari Serdang, Kedah. Kita dalam proses untuk menghubungi pemilik dan keluarga untuk dapatkan kerjasama.

“Kita sedang mengemaskini senarai mangsa untuk dapatkan butiran lanjut serta hubungan sesama mangsa termasuk tiga yang cedera,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Nahas MPV: Saksi sayu terdengar jeritan, tangisan mangsa

Katanya, saksi kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan.

A Asmadi berkata, siasatan awal mendapati kereta dinaiki mangsa dari arah Cameron Highlands dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan.

“Lori tersebut cuba mengelak namun terlanggar bahagian depan lalu menyebabkan kenderaan itu terbalik.

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh maut, Alza bertembung lori

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel Berkaitan: