Penganggur dituduh miliki rokok haram

Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan memiliki rokok tidak sah
Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan memiliki rokok tidak sah
A
A
A

SEREMBAN - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Masjistret Seremban atas pertuduhan memiliki rokok haram minggu lalu.

Tertuduh Ruzlan Hassan,45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mahyun Yusof.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki 49,860 batang rokok pelbagai jenama bernilai RM6,825 yang disimpan di sebuah rumah di Taman Jasmin Indang, Senawang di sini, pada 18 Januari lalu, jam lebih kurang 7 petang.

Berikutan itu pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana menyimpan barang larangan import.

Sabit kesalahan boleh dihukum tidak kurang 10 kali ganda nilai barangan dan maksimum 20 kali ganda nilai barangan atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia(Kastam), Mohd Nafizi Ramli mencadangkan jaminan RM15,000 dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di Kastam Seremban.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu diberi jaminan minimum atas alasan perlu menanggung tiga anaknya yang masih bersekolah serta ibunya yang uzur.

Mahkamah menetapkan 22 Februari depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan jaminan RM7,500 dengan seorang penjamin.

Artikel Berkaitan: