Cemas siling rumah tiba-tiba runtuh

Keadaan siling di ruang tamu yang runtuh.
Keadaan siling di ruang tamu yang runtuh.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah keluarga berdepan detik cemas selepas siling di bahagian ruang tamu rumah mereka runtuh dalam kejadian di Brickfields, hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Lumpur, Kapten (PA) Mazran Mohamed memaklumkan, kejadian dilaporkan berlaku jam 6 petang dan sepasukan lapan anggota ke lokasi kejadian.

Menurutnya, siling berkeluasan lima meter persegi itu runtuh dipercayai disebabkan kayu penahannya yang telah reput selain berlaku kebocoran akibat air.

"Anggota bertindak melakukan kerja pembersihan dan menurunkan runtuhan siling berkenaan bagi mengelakkan insiden tidak diingini.

Pasukan APM melakukan pemeriksaan sebelum kerja pembersihan dilakukan.
Pasukan APM melakukan pemeriksaan sebelum kerja pembersihan dilakukan.

"Keluarga berkenaan termasuk warga emas berusia 89 tahun telah mengosongkan rumah dan tinggal di rumah saudara terdekat bagi tujuan keselamatan," katanya.

Tambah beliau, tiada mangsa cedera dalam insiden berkenaan.

Artikel Berkaitan: