'Buaya iblis' akhirnya mati dalam perangkap

Buaya berat 500kg diangkut guna jengkaut. - Foto Daily Mail
Buaya berat 500kg diangkut guna jengkaut. - Foto Daily Mail
A
A
A

SUMATERA - Buaya yang digelar 'iblis' mengikut kepercayaan penduduk akhirnya mati selepas berjaya ditangkap di Kepulauan Bangka Belitung, semalam.

Reptilia berusia 50 tahun sepanjang empat meter dan berat 500 kilogram itu diburu, kerana mengganas dan menyerang penduduk, lapor Daily Mail.

Berikutan itu, penduduk memasang perangkap jaring yang diikat dengan pisau cukur di Sungai Kayubesi.

Setelah dua hari buaya itu dibiarkan, akhirnya reptilia itu mati gara-gara keletihan ketika cuba melepaskan diri dalam kurungan tersebut.

Buaya berat 500kg diangkut guna jengkaut. - Foto Daily Mail
Buaya berat 500kg diangkut guna jengkaut. - Foto Daily Mail

Bangkai buaya itu diangkat menggunakan jengkaut ke tempat pelupusan dan penduduk tempatan kemudian menanam bangkai dan kepalanya secara berasingan

Ketua Agensi Pemuliharaan Tempatan, Septian Garo memberitahu, penduduk tidak membenarkan pihaknya membawa keluar bangkai buaya itu dari kampung kerana percaya ia ada kaitan dengan 'roh jahat'.

"Semasa pemeriksaan dilakukan ke atas reptilia itu, buaya tersebut tidak memiliki gigi," katanya.

Artikel Berkaitan: