Kes Covid-19 di Indonesia terus meningkat kepada 128,776

 Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat dengan tambahan 1,693 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 128,776 kes.
Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat dengan tambahan 1,693 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 128,776 kes.
A
A
A

JAKARTA - Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat dengan tambahan 1,693 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 128,776 kes.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman web rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, sejumlah 85,928 pesakit masih dalam pemantauan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 59 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah keseluruhan korban di republik itu meningkat kepada 5,824 orang.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 26,624 kes, diikuti Jawa Timur (25,917) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,915 orang, diikuti Jakarta (944), Jawa Tengah (731), Sulawesi Selatan (337) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia. - Bernama

Artikel Berkaitan: