Trump sedia terima tawaran

Kira-kira 800,000 kakitangan persekutuan kini bergelut untuk meneruskan hidup kerana tidak dibayar gaji.
Kira-kira 800,000 kakitangan persekutuan kini bergelut untuk meneruskan hidup kerana tidak dibayar gaji.
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS) menyatakan kesediaan untuk menerima tawaran 'munasabah' antara pemimpin Republikan dan Demokrat selepas dua rang undang-undang untuk membuka semula kerajaan persekutuan gagal diluluskan Senat, semalam.

"Jika mereka tampil dengan perjanjian rasional, saya akan menyokongnya," kata Trump di Rumah Putih.

Sebelum ini, Trump telah beberapa kali menegaskan beliau tidak akan membuka semula kerajaan persekutuan melainkan permintaan dana untuk projek pembinaan tembok sempadan berjumlah AS$5.7 bilion (RM23.5 bilion) diluluskan Senat.

Terdahulu, Demokrat dan Republikan sekali lagi gagal mencapai kesepakatan untuk meluluskan dua rang undang-undang yang bertujuan untuk menamatkan penutupan separa kerajaan persekutuan yang kini telah berlarutan lebih sebulan dan terpanjang dalam sejarah negara tersebut.

Ia termasuk rang undang-undang untuk melanjutkan tempoh perlindungan kepada beberapa imigran yang hanya memperoleh 50 undi sokongan manakala 47 menolak.

Namun, kedua-duanya gagal meraih 60 undi untuk diluluskan.

Susulan itu, senator Demokrat dan Republikan membincangkan cadangan baharu untuk membiayai kerajaan selama tiga minggu.

Penutupan separa kerajaan itu telah memberi impak besar terhadap populariti Trump.

Artikel Berkaitan:

Satu tinjauan mendapati sokongan keseluruhan terhadap jutawan hartanah terbabit telah menurun kepada 34 peratus berbanding 42 peratus sebulan sebelum itu. - Agensi