X

Kindly register in order to view this article
!

Padah silap tekan pedal minyak

Proton Persona merempuh kedai serbaneka sebuah stesen minyak di Batu 26 Pekan Nanas petang tadi.
A
A

PONTIAN - Akibat tersilap tekan pedal minyak, sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki merempuh kedai serbaneka stesen minyak di Batu 26, Pekan Nanas di sini kira-kira jam 2 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mustafa Bakri Salleh berkata, pemandu Proton Persona berusia 23 tahun bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

"Pemandu kereta tersebut dikatakan sedang membelok masuk ke stesen minyak untuk mengisi minyak, namun tertekan pedal minyak menyebabkan kereta bergerak laju sehingga merempuh kedai serbaneka.

"Tiada sebarang kecederaan melibatkan orang awam di situ," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu gambar memaparkan sebuah kereta Proton Persona merempuh kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di Batu 26 Pekan Nanas tular di media sosial sejak petang tadi.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!