X

Kindly register in order to view this article
!

Remaja berkhalwat beri alasan motosikal rosak

Empat remaja berusia antara 13 hingga 19 tahun ditahan dalam serbuan, semalam.
A
A

SUNGAI PETANI - Motosikal rosak menjadi alasan dua remaja perempuan terpaksa menginap di sebuah inap desa ketika diserbu anggota penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Muda di Bandar Amanjaya, kira-kira 6.30 petang semalam.

Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd Noor Ismardi Ismail berkata, dua remaja lelaki termasuk seorang bukan Islam dan dua remaja perempuan berusia antara 13 hingga 19 tahun berada di dalam rumah terbabit.

Menurutnya, seorang remaja perempuan memberitahu motosikal miliknya dipinjam seorang rakan lain yang kemudiannya terbabit kemalangan menyebabkan mereka terpaksa berada di inap desa tersebut.

"Hasil soal siasat kita dapati empat remaja itu tiada ikatan perkahwinan yang sah.

Kesemua mereka mengakui tiada ikatan perkahwinan yang sah.
Kesemua mereka mengakui tiada ikatan perkahwinan yang sah.

"Kesemua mereka diminta hadir ke pejabat untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Bagaimanapun, pihaknya turut memanggil waris kepada remaja bukan Islam untuk siasatan lanjut, namun bapanya berusia 56 tahun yang datang kemudian mengakui anaknya itu enggan bersekolah sehingga mudah terpengaruh dengan aktiviti tidak sihat.

Katanya, operasi diketuai Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin bersama lima anggota itu dibuat berdasarkan hasil maklumat awam.

"Kita juga mengesyaki lokasi terbabit sering menjadi tumpuan remaja sekitar untuk melakukan perbuatan tidak bermoral yang kini tidak tertumpu pada waktu malam sahaja," katanya.

Difahamkan, kesemua mereka saling mengenali dan dipercayai menyewa rumah terbabit bagi tujuan maksiat.

Mohd Noor Ismardi turut menasihati ibu bapa supaya memantau anak-anak bagi mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala tidak sihat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!