Putra Perak lapor SPRM terhadap Wan Ahmad Fayshal

Azrul Suhadi membuat laporan SPRM terhadap Senator Wan Ahmad Fayshal di pejabat SPRM Ipoh hari ini.
Azrul Suhadi membuat laporan SPRM terhadap Senator Wan Ahmad Fayshal di pejabat SPRM Ipoh hari ini.
A
A
A

IPOH - Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (Putra) Perak membuat laporan terhadap Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penularan video yang disyaki mengandungi unsur rasuah.

Setiausaha Penyelarasnya, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar berkata, pemimpin itu didapati menyalahgunakan kuasa dalam kempennya bagi meraih undi untuk merebut jawatan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Terbukti di dalam rakaman video yang tular di media sosial ketika berkempen, beliau telah berjanji akan mengeluarkan surat sokongan yang akan dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi tujuan kelulusan sesuatu permohonan.

"Saya mewakili Putra Perak merasa amat kecewa dengan tingkah laku Wan Ahmad Fayshal yang juga merupakan pemimpin muda tetapi cuba mengamalkan budaya rasuah dan salah guna kuasa bagi mendapatkan sokongan atas kepentingan peribadi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azrul Suhadi berkata, wakil anak muda yang diangkat memegang jawatan tanpa rasa segan silu mengamalkan janji berbentuk sogokan.

"Putra Perak amat merasa kecewa kerana parti Bersatu yang selama ini kononnya memperjuangkan anti rasuah dan menolak kleptokrasi tetapi di dalam pemilihan parti mereka sendiri melalui ucapan secara terang terangan mengamalkan kleptokrasi.

"Parti Putra menentang budaya dan amalan rasuah dalam kalangan pemimpin Politik Malaysia," katanya.

Artikel Berkaitan: