X

Kindly register in order to view this article
!

Wanita PH gesa hentikan politik balas dendam terhadap Guan Eng

Penyokong Guan Eng hadir memberikan sokongan di mahkamah pagi tadi.
A
A

BUTTERWORTH - Wanita Pakatan Harapan Pulau Pinang mengecam tindakan pendakwaan politik yang dikenakan terhadap keluarga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, hari ini.

Jurucakapnya, Lim Siew Khim berkata, tindakan mengheret isteri Guan Eng, Betty Chew Gek Cheng dalam kancah dendam politik juga dikesali dan perlu dihentikan segera.

Menurutnya, tuduhan ke atas Betty Chew melalui Akta Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 memberi gambaran negatif seolah-olah beliau seorang pengganas.

"Kami ingin menyatakan solidariti kami terhadap Guan Eng dan Betty Chew yang terpaksa mengharungi proses perundangan yang dilihat bermotifkan dendam politik.

Wan Azizah dan Nurul Izzah turut hadir memberi sokongan kepada Guan Eng dan Betty Chew
Wan Azizah dan Nurul Izzah turut hadir memberi sokongan kepada Guan Eng dan Betty Chew

"Ini bukan kali pertama kita menyaksikan Guan Eng terpaksa mengharungi tuduhan serta fitnah yang melampau tetapi kami yakin mereka dapat membela diri dan membuktikan tidak bersalah di mahkamah,"katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Guan Eng, isteri didakwa rasuah, pengubahan wang haram

Mereka hadir ke mahkamah bagi menunjukkan solidariti terhadap Guan Eng dan Betty Chew pagi tadi.

Turut kelihatan memberi sokongan, bekas Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!