Tukang paip dicekup pecah rumah

Dua lelaki ditahan selepas memecah masuk sebuah rumah di Taman Laman Setia, Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor hari ini.
Dua lelaki ditahan selepas memecah masuk sebuah rumah di Taman Laman Setia, Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor hari ini.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Dua lelaki yang melakukan pecah rumah di Taman Laman Setia, Gelang Patah, di sini hari ini ditahan polis sebelum sempat melarikan diri.

Kejadian disedari jam 10.15 pagi apabila seorang lelaki yang diamanahkan menjaga rumah berkenaan bersama-sama pihak pengurusan taman terlihat seorang lelaki berada di atas bumbung.

Mereka kemudian memaklumkan kejadian tersebut kepada pasukan khas dari Balai Polis Gelang Patah sebelum dua lelaki yang kedua-duanya berusia dalam lingkungan 35 tahun ditahan 15 minit kemudian.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek masuk ke dalam rumah yang dimiliki seorang lelaki yang masih berada di Singapura.

"Pemilik rumah berkenaan berada di Singapura kerana berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak dapat balik ke sini.

"Pemilik rumah meminta rakannya yang juga pengadu supaya menjaga rumah tersebut sepanjang ketiadaannya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kedua-dua suspek bekerja sebagai tukang paip dan hasil ujian air kencing mendapati kedua-duanya negatif dadah.

Beliau berkata, semakan rekod jenayah mendapati kedua-dua suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

Artikel Berkaitan:

"Suspek kini ditahan reman selama tiga hari sehingga 13 Ogos ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau dengan kedua-duanya sekali," katanya.