X

Kindly register in order to view this article
!

Tetak bermotif dendam lama

SHAFIEN MAMAT
A
A

KOTA BHARU - Kejadian tetak bertubi-tubi membabitkan seorang lelaki sehingga cedera parah dalam kejadian di Wakaf Mek Zainab di sini semalam bermotifkan dendam lama.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner, Shafien Mamat berkata, lelaki berusia 30-an itu sudah ditahan dan polis masih mencari senjata tajam dipercayai parang yang digunakan suspek untuk menetak mangsa.

“Hasil siasatan mendapati mangsa dan suspek saling saling mengenali. Pergaduhan berlaku berikutan perselisihan faham dan dendam lama.

“Kami juga menafikan yang suspek kurang siuman,” katanya kepada pemberita hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Cedera parah ditetak bertubi-tubi

Sinar Harian hari ini melaporkan lelaki dikenali sebagai Khairi, 45, parah di seluruh badan akibat ditetak bertubi-tubi dengan parang.

Pada kejadian jam 4.30 petang, suspek tidak berbaju dan berseluar pendek secara tiba-tiba datang sambil memegang parang lalu meluru ke arah bapa saudara dan menetaknya bertubi-tubi di bahagian dapur rumah.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!