Seorang maut nahas di Gunung Kuayah Dalam

Nahas menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbabas dalam semak. (Gambar kecil: Keadaan kereta Proton saga yang terbabas dalam semak.)
Nahas menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbabas dalam semak. (Gambar kecil: Keadaan kereta Proton saga yang terbabas dalam semak.)
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda di Gunung Kuayah Dalam, Pantai Forest, Ulu Sungai Johor, dekat sini malam tadi.

Kejadian pada jam 8.45 malam itu menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbabas dalam semak.

Nahas menyebabkan pemandu Proton saga, Muhammad Faiz Sallehin, 28, maut akibat cedera parah manakala penumpang hadapan kereta berkenaan, Siti Norazira Mohd Kassim, 21, cedera sementara pemandu Toyota Hilux, Mohd Fauzi Supardi, 36, terselamat.

Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan satu jentera Fire Rescue Vehicle (FRV) dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasinya, Penolong Kanan Pegawai Bomba Azman Jantan berkata, kedua-dua mangsa dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihaknya sampai ke lokasi.

"Mangsa lelaki dewasa dalam kereta Proton Saga disahkan meninggal dunia oleh pembantu pegawai perubatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan dengan menggunakan ambulans dan operasi tamat jam 10.12 malam.

Artikel Berkaitan: