Guru, tiga murid Taska dikuarantin kerana rentas negeri ke Kedah

Hanafiah Mat
Hanafiah Mat
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Seorang guru dan tiga kanak-kanak Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Permata Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) diarah menjalani kuarantin di rumah bermula 3 Ogos lalu.

Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat berkata, ia berikutan kesemua mereka dilaporkan pulang untuk menyambut Hari Raya Aidiladha di Kubang Pasu, Kedah dan Perlis.

Menurutnya, guru wanita berusia 33 tahun itu diarah menjalani kuarantin selama 14 hari manakala tiga kanak-kanak berusia satu tahun setengah, tiga dan empat tahun pula dikuarantin selama tujuh hari.

“Mereka bukan kena kluster Sivagangga tapi mereka balik ke Kedah (Kubang Pasu) dan bila dia nak masuk sambung kerja, kita minta dia pergi ke klinik isi borang mana yang keluar rentas kawasan.

"Daripada borang itu, kita tengok mereka ada keluar ke Kedah, jadi kita minta dia buat saringan di klinik,” katanya ketika ditemui di luar dewan selepas Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di sini hari ini.

Hanafiah berkata, guru berkenaan yang mempunyai gejala batuk dan selesema dinasihatkan menjalani kuarantin di rumah sebagai langkah berjaga-jaga.

Katanya, tindakan pihak pengurusan Taska menyediakan borang bertujuan mengelak jangkitan koronavirus (Covid-19) menular dalam kalangan guru dan kanak-kanak yang ditempatkan di taska berkenaan.

Artikel Berkaitan: