X

Kindly register in order to view this article
!

Penyanyi hina nabi dihukum gantung sampai mati

Gambar fail menunjukkan pejabat sebuah agensi penguat kuasa syariah di Kano, Nigeria. - Foto AFP, gambar bawah: Yahaya Aminu Sharif
A
A

Kano, Nigeria - Sebuah mahkamah Islam di utara Nigeria semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang penyanyi lelaki kerana mempersendakan Nabi Muhammad SAW, kata beberapa pegawai kehakiman.

Mahkamah Tinggi Syariah di bandar Kono mengarahkan penyanyi itu, Yahaya Aminu Sharif yang berusia 22 tahun dihukum gantung sampai mati kerana menghina Rasulullah dalam salah satu lagunya, kata jurucakap kementerian kehakiman di wilayah berkenaan, Baba-Jibo Ibrahim kepada AFP.

Sebelum ini mahkamah tersebut di negara majoriti umat Islam itu pernah menjatuhkan hukuman mati ke atas pesalah yang melakukan zina, pembunuhan dan homoseksual tetapi ia tidak pernah melakukannya sehingga sekarang.

"Pihak mahkamah menjatuhkan hukuman mati seperti termaktub dalam undang-undang Islam berdasarkan bukti-bukti yang tidak disangkal lagi," kata Ibrahim.

Sharif dituduh mempersendakan Nabi Muhammad SAW dalam satu lagunya yang kemudian dikongsi bersama dalam media sosial pada Mac lalu sehingga mencetuskan rusuhan di bandar.

Para perusuh membakar rumah keluarga penyanyi tersebut yang beragama Islam dan menguasai jalanan selain menuntut supaya dia didakwa menyebabkannya ditangkap.

Mahkamah yang sama juga menghukum seorang budak laki-laki, Umar Farouk penjara sehingga 10 tahun dengan melakukan kerja-kerja keras kerana mempersendakan Allah, kata Ibrahim.

Dia didapati bersalah kerana menggunakan ayat-ayat yang kotor terhadap ALLAH semasa bergaduh dengan seorang rakan.

"Pihak mahkamah menganggap budak itu di bawah umur dan menghukumnya 10 tahun penjara," kata Ibrahim.

Kedua-dua pesalah mempunyai masa selama sebulan untuk membuat rayuan. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!