SPRM pantau PRK DUN Slim

Saw Leong Thiam mengetuai 29 kakitangan syarikat Manjung Naluri Sdn Bhd melafaz ikrar bebas rasuah di Seri Manjung hari ini.
Saw Leong Thiam mengetuai 29 kakitangan syarikat Manjung Naluri Sdn Bhd melafaz ikrar bebas rasuah di Seri Manjung hari ini.
A
A
A

LUMUT - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak akan menghantar pegawainya ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim bagi memantau sebarang aktiviti berkaitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Pengarahnya, Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata, pihaknya turut membuka bilik gerakan untuk orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan perbuatan rasuah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim yang bermula Sabtu ini.

Menurutnya, bilik gerakan itu dibuka di pejabat SPRM di Ipoh, Taiping dan Teluk Intan.

"SPRM beri komitmen dan sebarang maklumat berkaitan rasuah sepanjang kempen, individu-individu perlu tampil ke depan beri aduan secara rasmi.

"Beri kerjasama dan yakin SPRM akan laksanakan siasatan secara telus. Bilik gerakan dibuka selepas pencalonan selain kita akan hantar pegawai buat pemantauan di situ," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Syarikat Manjung Naluri Sdn Bhd di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd Fauzi berkata, SPRM memfokuskan kes melibatkan penguatkuasaan, perlesenan dan kepentingan awam.

"Setakat ini, pencegahan rasuah dan kes masih di bawah kawalan di Perak. Semua exco telah menandatangani IBR begitu juga dengan jabatan kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Penumpuan kita pada pihak swasta. Objektif IBR adalah memberi rangsangan kepada staf dan pentadbiran agar bersama-sama menghapuskan rasuah," katanya.

Artikel Berkaitan: