X

Kindly register in order to view this article
!

Pemandu khayal langgar warga emas hingga maut direman

Laporan Sinar Harian
A
A

PARIT - Penganggur yang terbabit dalam kemalangan hingga mengorbankan nyawa seorang penunggang motosikal di Jalan Parit, semalam disahkan berada di bawah pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, berdasarkan rekod, suspek merupakan penagih dadah sejak dua tahun lalu dan ada mengambil dadah jenis syabu sebelum terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Menurutnya, pihaknya berjaya mendapat perintah reman selama dua hari bermula hari ini bagi meneruskan siasatan.

"Suspek juga akan dituduh di Mahkamah Majistret Parit, esok mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 atas kesalahan memiliki dadah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Barudin berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1986, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Dalam kejadian pada 8.40 pagi itu, penunggang motosikal, [email protected] Yaacob, 82, maut di tempat kejadian apabila kenderaannya bertembung dengan Perodua Kelisa yang memasuki laluannya ketika melalui selekoh di Kampung Serapoh di sini.

Pemeriksaan polis menemui dua paket plastik lutsinar disyaki methamphetamine dan peralatan menghisap dadah di dalam kotak rokok.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!