Maqis Kedah rampas 300kg pisang

Pegawai Maqis sedang menjalankan pemeriksaan keatas lori terbabit yang masuk melalui laluan kargo import di Kompleks ICQS semalam.
Pegawai Maqis sedang menjalankan pemeriksaan keatas lori terbabit yang masuk melalui laluan kargo import di Kompleks ICQS semalam.
A
A
A

BUKIT KAYU HITAM – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri Kedah semalam menahan sebuah lori yang cuba membawa masuk 300 kilogram (kg) pisang tanpa permit dan dokumen sah.

Pisang yang bernilai RM15,000 dari Thailand itu dibawa masuk untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan.

Pengarah Maqis Kedah, Lily Rosalind berkata, tindakan pemandu lori itu berjaya dikesan ketika pegawai Maqis melakukan pemeriksaan rutin di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini, kira-kira jam 5.30 petang.

"Perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit yang sah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia [Akta 728]," katanya menerusi suatu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pesalah boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) di bawah akta sama dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

"Pihak Maqis sentiasa memantau dan memeriksa keluaran pertanian di setiap pintu masuk negara untuk memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar,"katanya.

Artikel Berkaitan: