X

Kindly register in order to view this article
!

Punca anggota PGA tertembak diri sendiri masih disiasat

Mastor menyampaikan sijil penghargaan kepada Koperal Shahril Bakar dalam Majlis Interaksi di Batalion 3 PGA Bidor, hari ini.
A
A

TAPAH - Polis sedang mengenal pasti punca dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang maut selepas dipercayai tertembak diri sendiri dalam kejadian di Sungai Petani, Kedah dan Manjung, baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) (PGA), Datuk Mastor Mohd Ariff berkata, siasatan masih diteruskan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri.

“Dalam siasatan kita, tiada isu-isu yang sepatutnya berlaku dalam pentadbiran hingga berlakunya kejadian begini.

“Jika ada isu lain, kita ada cawangan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) serta Kaunseling Bridged yang dapat membantu memberi nasihat dan bimbingan sewajarnya,” katanya ketika sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja di Batalian 3 PGA Bidor di sini hari ini.

Sinar Harian 20 Julai lalu melaporkan seorang anggota polis berpangkat Koperal daripada PGA Senoi Praaq meninggal dunia dipercayai tertembak diri sendiri dengan menggunakan senjata jenis M4 dalam satu kejadian di Berek Polis Pantai Remis.

Jumaat lalu, seorang lagi anggota PGA berusia 31 tahun dilaporkan maut selepas dipercayai tertembak diri sendiri di bilik rehat Markas Latihan Luar Tupah, Pusat Latihan PGA (PLPGA) di Bedong, Kedah.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota PGA maut dipercayai tertembak diri sendiri

Polis maut dipercayai tembak diri sendiri


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!