X

Kindly register in order to view this article
!

Teksi hilang kawalan rempuh tiga motosikal

Sebuah teksi yang dipercayai hilang kawalan telah terbabas sebelum merempuh tiga buah motosikal yang diparkir di Jalan Bandaran, Banting semalam.
A
A

BANTING - Sebuah teksi yang dipandu seorang lelaki dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh tiga buah motosikal di Jalan Bandaran, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kejadian pada jam 4.16 petang itu berlaku ketika teksi terbabit dalam perjalanan dari arah Kanchong Darat menghala ke Banting.

"Pemandu teksi itu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar tiang lampu isyarat sebelum merempuh tiga motosikal yang diparkir di lokasi terbabit.

"Kemalangan itu menyebabkan pemandu teksi cedera dan dikejarkan ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan dan pihaknya masih mengesan saksi bebas untuk bantu siasatan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Rusmuna Desa di talian 016-3566289.

"Kes diklasifikasi di bawah Rule 10 LN 166/59," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!