X

Kindly register in order to view this article
!

Kelantan akan kaji persembahan main puteri

Md Anizam
A
A

KOTA BHARU – Satu kajian terperinci akan dilakukan melibatkan kaedah persembahan main puteri bagi memastikan ia patuh syariah dan boleh dipertontonkan kepada masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata, persembahan tersebut masih belum dibenarkan buat masa ini.

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri akan mengeluarkan ketetapan selepas melakukan perbincangan lanjut dengan penggiat seni tersebut.

"Main puteri masih belum dibenarkan dan Insya-ALLAH kita akan buat kajian lebih teliti terutama berkaitan dengan Syariah itu.

“Kalau kita sudah baiki nanti, Insya-ALLAH boleh (dipersembahkan)," katanya ketika menjawab soalan tambahan Mohd Syahbuddin Hashim (BN-Galas) mengenai seni itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini.

Sementara itu, menjawab mengenai persembahan mak yong, Anizam berkata, Kelantan sudah membenarkan persembahan tersebut dipentaskan namun diolah mengikut kesesuaian yang telah dibincangkan dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan.

"Kita mengadakan koloboratif dengan JKKN Kelantan dan telah mengenal pasti beberapa perkara mengandungi unsur nasihat dan bimbingan untuk diolah dan disesuaikan bagi tujuan penyampaian mesej yang baik kepada penonton selaras dengan syariat.

“Bagaimanapun, asas persembahan mak yong tidak diubah bagi memastikan komponen seni itu kekal asli. Untuk dialog pula kita telah tambah baik dengan menyelitkan petikan hadis dan ayat-ayat al-Quran di akhir persembahan,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!