18 PATI cuba mendarat di Johor ditahan

ATM memberkas 18 PATI warga Indonesia ketika cuba mendarat di Pesisiran Pantai Batu Layar, Bandar Penawar, Johor semalam. Gambar hiasan.
ATM memberkas 18 PATI warga Indonesia ketika cuba mendarat di Pesisiran Pantai Batu Layar, Bandar Penawar, Johor semalam. Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberkas 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ketika cuba mendarat di Pesisiran Pantai Batu Layar, Bandar Penawar, Johor semalam.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tangkapan itu hasil pemantauan anggota pos pemerhati, Pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) yang mengesan sebuah bot kira-kira 500 meter di pesisir pantai berkenaan.

“Hasil tindakan pantas kumpulan Quick Reaction Force (QRF) telah berjaya menangkap 18 orang PATI terdiri daripada 13 orang lelaki dan lima wanita warga Indonesia berusia lingkungan 24 hingga 43 tahun,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya, turut dirampas 10 unit telefon bimbit dan wang tunai bernilai RM2,164.

Kesemua PATI berkenaan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang dan pengendalian penahanan mereka mengikut prosedur operasi standard (SOP) koronavirus (Covid-19), menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: