Usia 70 tahun badan berotot

Lelaki di Hangzhou mempunyai badan berotot walaupun telah mencecah usia 70 tahun. - Foto China Daily
Lelaki di Hangzhou mempunyai badan berotot walaupun telah mencecah usia 70 tahun. - Foto China Daily
A
A
A

HANGZHOU - Lelaki dari Hangzhou membuktikan bahawa dengan senaman dan diet yang sempurna, anda mampu memiliki tubuh ideal tanpa mengira usia.

Menerusi akaun Facebook di China Daily, lelaki berusia 70 tahun memiliki tubuh sihat yang ideal seperti anak muda iaitu mempunyai otot pada bahagian perut (six-pack).

Rutin pagi yang biasa mereka lakukan adalah menggunakan kesemua peralatan kecergasan yang ditempatkan di taman.

Mereka juga melaksanakan latihan mereka sendiri tanpa sebarang bantuan jurulatih bertauliah.

Pada usia 70 tahun, lelaki ini masih boleh melenturkan anggota badannya. - Foto China Daily
Pada usia 70 tahun, lelaki ini masih boleh melenturkan anggota badannya. - Foto China Daily

Kumpulan lelaki ini akan bekerjasama untuk menjaga penampilan diri dan mempromosikan gaya hidup sihat kepada golongan berumur.

Mereka juga tidak malu untuk mempamerkan bentuk badan mereka yang berotot dan fleksibel di khalayak ramai.

Berdasarkan beberapa gambar yang dimuat naik di Facebook berkenaan, menunjukkan sekumpulan lelaki melakukan senaman dan melenturkan badan mereka dengan mudah pada usia 70 tahun.

Artikel Berkaitan:

Perkongsian itu meraih perhatian netizen dan mencecah 19,000 tanda suka.