Suami mangsa bunuh ditemui mati tergantung

Operasi menurunkan mayat dilakukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani.
Operasi menurunkan mayat dilakukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Suami kepada wanita mati dibunuh semalam ditemukan tergantung di sebuah papan tanda iklan tepi jalan dekat Bukit Bintang, Jalan Lencongan Timur Sungai Petani kira-kira 7.42 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lelaki berusia 62 tahun itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian, berbaju T warna merah dan berseluar jeans.

Menurutnya, warga emas terbabit diburu sejak semalam bagi membantu siasatan pembunuhan isterinya di rumah mereka dekat Bandar Amanjaya kira-kira 1.25 petang semalam.

"Polis menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan mayat lelaki itu pada jam 7.42 pagi dan bergegas ke lokasi bagi menyiasat kejadian.

"Kejadian dipercayai berlaku kurang dari 12 jam berdasarkan keadaan fizikal mayat," katanya kepada media ketika ditemui di lokasi kejadian.

Kenderaan jenis Proton Iswara milik lelaki itu diletakkan kira-kira 100 meter dari lokasi mayat ditemui.
Kenderaan jenis Proton Iswara milik lelaki itu diletakkan kira-kira 100 meter dari lokasi mayat ditemui.

Adzli berkata, mayat diturunkan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Sungai Petani dan selesai kira-kira 10.45 pagi tadi.

Sementara itu katanya, kenderaan Proton Iswara milik lelaki itu diparkir di tepi jalan kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Jurujual ditemui maut, ada kesan kelar di leher

Sejak semalam, polis sedang mengesan lelaki terbabit bagi membantu siasatan kes pembunuhan isterinya yang juga seorang jurujual di sebuah pasar raya di sini.

Mangsa, Kuek Choo Hong, 61, ditemukan mati dalam keadaan terlentang di atas katil manakala muka ditekup dengan bantal.

Siasatan forensik juga mendapati ada kesan kelar sepanjang 12 sentimeter bahagian leher mangsa tetapi tiada kesan pecah rumah selain pintu juga dikunci menggunakan mangga dari luar rumah.

Difahamkan, pasangan terbabit yang berkahwin sejak 10 tahun lalu dan sering berdepan masalah rumah tangga.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut namun siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan masih dijalankan.