X

Kindly register in order to view this article
!

Suami didakwa jerut isteri menangis di mahkamah

Mohd Hairil Izzuan didakwa di Mahkamah Majistret Sepang hari ini kerana membunuh isterinya.
A
A

SEPANG - Seorang lelaki menangis ketika didakwa di Mahkamah Majistret Sepang di sini hari ini kerana menjerut isterinya hingga mati dua minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan terhadap tertuduh, Mohd Hairil Izzuan A Samad, 41, yang menggangguk faham pertuduhan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Faraheen Yahya.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Hairil Izzuan didakwa membunuh Maizatulnisa Othman, 40 di Tasik Cyber Valley Park Jalan Persiaran Sepang Cyberjaya di sini kira-kira jam 11 pagi hingga 1.04 pagi antara 29 dan 30 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman kemudian menetapkan 14 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pada 2 Ogos lalu Sinar Harian melaporkan seorang lelaki direman bermula Jumaat sehingga 6 Ogos bagi membantu siasatan berkaitan kes pembunuhan isterinya di dalam sebuah kereta di Taman Mas Putra Perdana, 30 Julai lalu.

Kejadian dikatakan berlaku selepas suspek marah kerana isterinya mahu memfailkan penceraian mereka.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek berusia 41 tahun dipercayai menjerut leher isterinya dengan menggunakan tudung yang dipakai mangsa sehingga mati di dalam kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih

"Suspek kemudian membawa isterinya berusia 40 tahun itu dengan kenderaan tersebut menghala ke Tasik PKNS, Pinggiran Cyberjaya kira-kira jam 4.30 petang," katanya..

ARTIKEL BERKAITAN: Marah minta cerai, lelaki jerut isteri sampai mati

Jerut leher isteri: Suspek negatif dadah

Kes jerut isteri, polis rekod keterangan anak

Kes jerut isteri: Lebih dua jam selam dalam tasik cari barang bukti

Siasatan kes bunuh pensyarah selesai, motif dikenal pasti: Polis


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!