Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia

Gambar dari kiri: Afdlin Shauki, Aksan Abu Bakar - Foto Instagram
Gambar dari kiri: Afdlin Shauki, Aksan Abu Bakar - Foto Instagram
A
A
A

BAPA kepada pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki iaitu Aksan Abu Bakar telah meninggal dunia pada jam 2.57 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras.

Berita sedih itu dimuat naik Afdlin Shauki di Instagram dengan meminta orang ramai sedekahkan al-Fatihah dan mendoakan roh bapanya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

"2.57 am 11/8/2020 di HUKM Cheras tingkat 2. Innalillah wainna illaihi rojiuun. Senyuman terakhir papa yang tak habis-habis membuat orang berasa tenang dan ceria.

"Tiada lagi Aksan Abu Bakar. Bapa kepada 10 orang anak. Suami kepada dua orang isteri. Bapa ku yang tercinta," luahnya.

Menurutnya, bapanya sempat memohon maaf dan memaafkan semua malah tidak menyimpan dendam kepada sesiapa.

"Dia berpesan kepada ku yang dia meminta maaf dan ampun ke atas segala kesalahan yang pernah beliau lakukan kepada sesiapa yang mengenali beliau. Tolong ampunkan ye.. please!

"Beliau juga memaafkan semua orang dan juga berkata yg beliau tidak ada rasa dendam atau sakit hati dengan sesiapa.

"Ya ALLAH kau ampunilah dosa-dosa beliau dan terimalah amalan dan kebaikan beliau. Tempatkanlah roh beliau dikalangan roh-roh orang yang beriman. Al-fatihah. I love you papa...," katanya.

Artikel Berkaitan:

2.57 am 11/8/2020 di HUKM Cheras tingkat 2. Innalillah wainna illaihi rojiuun. Senyuman terakhir papa yg tak habis -habis membuat orang berasa tenang dan ceria. Tiada lagi Aksan bin Abu Bakar. Bapa kepada 10 orang anak. Suami kepada dua orang isteri. Bapa ku yg tercinta. Dia berpesan kepada ku yang dia meminta maaf dan ampun ke atas segala kesalahan yang pernah beliau lakukan kepada sesiapa yang mengenali beliau. Tolong ampunkan ye.. please! Beliau juga memaafkan semua orang dan juga berkata yg beliau tidak ada rasa dendam atau sakit hati dgn sesiapa. Ya Allah kau ampunilah dosa-dosa beliau dan terimalah amalan dan kebaikan beliau. Tempatkanlah roh beliau dikalangan roh-roh orang yang beriman. Al-fatihah. I love you papa... Assalammualaikum, Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda tersayang kami En Aksan bin Abu Bakar telah kembali ke rahmatullah pada hari ini Selasa 11/08/2020, pukul 2:57 pagi di HUKM, KL. Sama2 kita doakan agar rohnya dirahmati dan ditempatkan dgn golongan orang-orang yang beriman. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون بسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــم ِِ.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّيْنَ..

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on Aug 10, 2020 at 12:33pm PDT