Beza usia 42 tahun bukan penghalang

Daeng Pato' dan Hasnawati melangsungkan perkahwinan pada 18 Januari lalu.
Daeng Pato' dan Hasnawati melangsungkan perkahwinan pada 18 Januari lalu.
A
A
A

MAMUJU TENGAH - INDONESIA. Pernikahan seorang lelaki berumur 70 tahun dengan gadis pujaannya yang muda 42 tahun daripadanya menjadi tular di media sosial kerana ia menjadi bukti cinta tidak kenal usia.

Perkahwinan Daeng Pato’ dan Hasnawati yang berlangsung pada 18 Januari lalu di Dusun Tridaya, Desa Pontanakayyang, Kecamatan Budong, Kabupaten Mamuju Tengah masih hangat diperkatakan hingga kini.

Pasangan terbabit kelihatan sama cantik sama padan ketika memakai persalinan adat Bugis berwarna merah.

Apa yang menarik, mereka hanya bercinta selama 10 hari sebelum Daeng Pato' yang sudah mempunyai belasan cucu dan cicit itu melamarnya.

Menurutnya, dia berkenalan dengan isterinya di sebuah kos-kosan yang menjadi tempat tinggalnya dan ia telah membibitkan rasa cinta antara mereka. - Kompas.com

Artikel Berkaitan: