Khamis penentu status Liga-M

Khamis penentu status Liga-M
Khamis penentu status Liga-M
A
A
A

MENTERI Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengadakan satu mesyuarat khas bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Khamis ini.

Menurutnya, tujuan mesyuarat itu diadakan bagi meminta pandangan daripada MKN dan KKM berdasarkan perkembangan semasa pandemik Covid-19 untuk menilai pelaksanaan sukan melibatkan kontak fizikal yang dibenarkan bersambung pada 15 Ogos ini.

Beliau memberitahu, kes kluster Sivagangga yang berlaku di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang antara faktor kuat buat pihaknya mendapatkan saranan daripada MKN dan KKM bagi memastikan kejohanan kontak fizikal itu bebas daripada wabak Covid-19.

“Kami akan mengadakan pertemuan dengan KKM dan meminta pandangan daripada mereka berdasarkan perkembangan terkini sama ada boleh teruskan kejohanan sukan yang melibatkan kontak fizikal bermula 15 Ogos ini.

“Secara peribadi, saya tidak masalah untuk membenarkan kejohanan kontak fizikal tetapi apa yang berlaku di Perlis dan Kedah telah mendapat perhatian kami dan kami harus mendapatkan saranan daripada KKM dalam pertemuan pada Khamis ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sebelum ini, pihak kerajaan telah bersetuju membenarkan kejohanan bersentuhan fizikal bermula 15 Ogos ini membabitkan sukan berpasukan seperti bola sepak, hoki, sepak takraw, bola keranjang dan skuasy. Aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizijal juga dibenarkan mulai 15 Julai lalu.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pula merancang untuk menyambung semula saingan Liga Malaysia (LIga-M) mulai 26 Ogos ini selepas kesemua pasukan dibenarkan mengadakan aksi persahabatan mulai 2 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan: