Sultan Selangor zahir penghargaan kepada Lembaga Zakat Selangor

Sultan Sharafuddin menyampaikan wang zakat kepada salah seorang penerima. - Foto Selangor Royal Office
Sultan Sharafuddin menyampaikan wang zakat kepada salah seorang penerima. - Foto Selangor Royal Office
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik dalam menguruskan hal ehwal kutipan dan agihan wang zakat di negeri ini.

Selangor Royal Office menerusi kenyataan yang disiarkan di Facebook rasminya hari ini memaklumkan, baginda sukacita dengan operasi LZS yang telus selama ini tanpa penyelewengan.

Ia membolehkan agihan dibuat secara lebih efisien dalam menyalurkan zakat kepada golongan yang memerlukan seperti asnaf, fakir miskin dan mualaf setiap tahun.

Sultan Sharafuddin menyampaikan wang zakat kepada salah seorang penerima. - Foto Selangor Royal Office
Sultan Sharafuddin menyampaikan wang zakat kepada salah seorang penerima. - Foto Selangor Royal Office

"Ini juga termasuk keprihatinan LZS dalam menyalurkan bantuan khas zakat Covid-19 baru-baru ini.

"Baginda berharap LZS akan terus meningkatkan usaha untuk terus relevan dalam menguruskan kutipan dan agihan zakat dengan lebih baik, di samping sentiasa memberitahu masyarakat ke mana wang-wang zakat diagihkan," kata kenyataan tersebut.

Jumlah keseluruhan asnaf dan fakir miskin yang menerima bantuan zakat di Negeri Selangor kini mencapai sebanyak 57,000 keluarga.

Sementara, jumlah kutipan zakat LZS pada tahun 2019 mencecah RM855 juta dengan agihan mencapai jumlah RM868 juta.

Artikel Berkaitan:

Bagi tempoh Januari hingga Mei lalu, jumlah kutipan berada pada RM341 juta dengan RM337 juta daripadanya diagihkan kepada semua golongan asnaf yang memerlukan.