Dadah dalam bungkusan teh

Arifai (tengah) pada sidang akhbar di IPD Gombak hari ini menunjukkan kandungan dadah yang dibungkus dalam peket teh.
Arifai (tengah) pada sidang akhbar di IPD Gombak hari ini menunjukkan kandungan dadah yang dibungkus dalam peket teh.
A
A
A

GOMBAK - Polis menahan tiga suspek termasuk seorang lelaki Singapura kerana disyaki terbabit dalam sindiket mengedar dadah yang dibungkus dalam peket minuman teh.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, dalam kejadian Khamis lalu, polis merampas dadah jenis methaphetamine seberat 14 kilogram dalam serbuan di kawasan tempat letak kereta sebuah pasar raya di Batu Caves di sini.

Menurutnya, dadah berkenaan dipercayai diperolehi sekitar Lembah Klang dan diedarkan kepada beberapa pembekal lain di lokasi sama termasuk Gombak.

"Jumlah rampasan bernilai RM560,000 dengan anggaran satu kilogram bernilai RM40,000 itu mampu dijual kepada kira-kira 30,000 pengguna," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini hari ini.

Arifai (tengah) pada sidang media di IPD Gombak hari ini menunjukkan kereta sewa yang dirampas bagi membantu siasatan berhubung sindiket dadah dalam peket teh.
Arifai (tengah) pada sidang media di IPD Gombak hari ini menunjukkan kereta sewa yang dirampas bagi membantu siasatan berhubung sindiket dadah dalam peket teh.

Beliau berkata, suspek terdiri seorang lelaki, seorang wanita tempatan dan seorang lelaki Singapura dalam lingkungan 25 hingga 47 tahun itu ditahan reman selama tujuh hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

"Polis turut merampas dua kenderaan jenis Mercedes Benz dan Mazda 2 yang disewa daripada sebuah syarikat untuk aktiviti pengedaran, selain jam jenama Rolex, seutas rantai dan lima cincin emas.

"Kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati," katanya.

Artikel Berkaitan: