Tekun salur RM28 juta di bawah TBRS

Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (Tekun Nasional) telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM28 juta kepada 3,900 usahawan mikro menerusi Skim Pemulihan Perniagaan Tekun (TBRS) setakat ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, nilai itu adalah tambahan peruntukan RM100 juta di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) bagi membantu perniagaan usahawan mikro yang terjejas akibat penularan koronavirus (Covid-19).

“Sebelum ini kerajaan turut memperuntukkan RM200 juta melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) kepada Tekun Nasional bagi Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro Tekun (CBRM).

“Kesemua RM200 juta itu telah disalurkan kepada usahawan yang terjejas. Justeru, kementerian komited untuk terus membantu lebih ramai usahawan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan MEDAC di Menara Kembar Bank Rakyat di Kuala Lumpur semalam.

Skim TBRS adalah pembiayaan mikro yang ditawarkan kepada perusahaan mikro terjejas akibat Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan: